Penderitaan bekas jurugambar Utusan Malaysia dapat perhatian TNB

Penderitaan bekas jurugambar Utusan Malaysia dapat perhatian TNB

MOHAMAD Mohyddin Mohamed Nor (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Azlan Bahrum di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Nasib bekas jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum yang menghidap penyakit gout kronik mendapat perhatian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu dan Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat).

Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Mohamad Mohyddin Mohamed Nor dan Presiden Kawat, Ahmad Safri Husnaini Mohamad melawat Azlan, 40, sempena program penyampaian Bakul

Ramadan TNB serta sumbangan tunai di rumahnya di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini, semalam.

Dalam program itu, Mohamad Mohyddin berkata, sumbangan kecil TNB itu diharapkan dapat menceriakan dan meringankan beban Azlan pada Ramadan ini serta sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pengagihan sumbangan ini bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik pada bulan mulia ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa TNB dan Kawat di sini, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×