SELAYANG: Seorang pemilik sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjual petrol RON95 bersubsidi kepada warga asing dari Thailand yang tular di media sosial, awal Januari lalu. Hakim Nor Rajiah Mat Zin menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selepas lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS) kekal mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit. Sekiranya OKS…