BATU PAHAT: Seorang pelajar Kolej Vokasional Bukit Katil, Melaka maut selepas terlibat kemalangan dipercayai ketika pulang bercuti Hari Raya di Kilometer 121.5 lebuh raya utara selatan (arah selatan), malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, Muhammad Fadzri Aiman Mohd Fadli, 20, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.05 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dipercayai akibat kehilangan banyak darah…










