PETALING JAYA: Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) bersetuju meluluskan Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara sebagai salah satu tindakan intervensi bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk makanan import. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dipertimbangkan dalam mesyuarat MPFN dan bersetuju meluluskannya sebagai satu dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa. Katanya, pelan induk itu juga bertujuan meningkatkan kemandirian negara dalam aspek bekalan makanan untuk…










