MoU tumpu pulih ekonomi, kesejahteraan rakyat

MoU tumpu pulih ekonomi, kesejahteraan rakyat

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Sri Satria Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang memberi tumpuan kepada persefahaman pembangunan negara, pemulihan ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara berkenaan sedang dirangka dan ia akan diserahkan kepada pihak pembangkang secepat mungkin.

“Sekarang ini tengah merangka MoU, apabila sudah siap nanti, kita akan beri kepada pembangkang untuk mereka menilai sama ada kita perlu lagi perbincangan selepas itu.

“Kalau mereka bersetuju atau tak bersetuju, apa yang tak dipersetujui sebagainya, kita akan beri perkembangan nanti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Satria di sini, semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Kerajaan Perpaduan memaklumkan, Draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih diperhalusi sebelum diserahkan kepada mereka.

Menurutnya, draf itu perlu melalui beberapa peringkat sebelum keputusan muktamad dibuat.

Ditanya kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tidak perlu MoU jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberi peruntukan, beliau berkata, itu terpulang kepada pihak pembangkang berhubung keikhlasan kerajaan.

“Saya tak hendak komen apa pun yang dia kata, tetapi sekarang ini apa yang kita hendak laksanakan kaedah itu,” ujarnya.

Mengulas isu MoU itu akan dimainkan oleh pihak pembangkang ketika pilihan raya, Fadillah berkata, ia adalah perkara biasa dalam arena politik.

“Apa yang penting ialah keikhlasan kita untuk mempertimbangkan dan secara prinsip sudah dipersetujui,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya