SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bimbang dengan golongan terpelajar di negara ini kerana ada dalam kalangan mereka dipengaruhi sikap buruk yang dilarang Islam. Baginda bertitah, mutakhir ini ramai individu mengaku diri agamawan atau ilmuwan dan mereka cuba mempengaruhi rakyat dengan menyampaikan pendapat dan hujah mengenai isu agama. “Namun sebenarnya, mereka ini ada agenda peribadi tersembunyi, bak kata pepatah Melayu ‘ada udang di sebalik batu’ dalam tindakan yang…