SEREMBAN: Satu mayat lelaki yang sudah reput ditemukan terapung di Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, mayat yang belum diketahui identiti itu ditemukan oleh orang awam yang sedang menjala ikan di situ. “Orang awam tersebut terlihat biawak di atas mayat berkenaan dan kemudian terus membuat laporan polis. Setibanya anggota polis mendapati keadaan mayat…










