PETALING JAYA: Malaysia dan Jepun bertekad untuk memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dalam sektor pembinaan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tekad itu dicapai dalam pertemuan antara beliau Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun,Kokuba Konosuke di Tokyo semalam. Menurut beliau, ia melibatkan sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun. Seterusnya, katanya, perkongsian maklumat berhubung kait pengurusan dan penyelenggaraan lebuhraya dan cerun serta…










