KUALA PILAH: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditangkap berhubung kes seorang jururawat ditemukan tertiarap di tepi jalan simpang tiga Dangi, dekat Johol, di sini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, suspek berkenaan ditangkap kira-kira pukul 4 petang semalam selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah bagi memberikan keterangan. Menurutnya, perintah reman ke atas suspek juga telah diperoleh dari Mahkamah Kuala Pilah…










