ALOR SETAR: Kerajaan negeri menafikan mengeluarkan arahan penutupan acara Fiesta Raya Baling 2024 ekoran terpalit dengan aktiviti hiburan di pentas program yang dianggap mencemarkan kesucian Ramadan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria, pihaknya hanya mengeluarkan arahan agar penganjur menghentikan segera aktiviti hiburan untuk menghormati bulan mulia ini. “Kita tak suruh tutup karnival itu. Tak ada siapa keluar arahan suruh tutup. Kita suruh hentikan…










