RANTAU PANJANG: Seorang kanak-kanak warganegara Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand berhampiran pangkalan Ibrahim Pencen, di sini semalam. Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun itu temukan pada pukul 10.38 malam tadi selepas operasi mencari menyelamat (SAR) dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), pasukan Polis Thailand, unit skuba Thailand serta penduduk kampung. Komander Operasi BBP Rantau Panjang, Pegawai Kanan II…










