JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di bandar raya ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu kira-kira 6.30 petang, kelmarin. “Kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya di rumah ketika mangsa sedang tidur. Ibu mangsa yang merupakan suri rumah telah keluar untuk mengambil anak sulungnya berusia 11 tahun…










