Kakak tegur Safee Sali jangan putar belit

Kakak tegur Safee Sali jangan putar belit

FITRIA Elfina Maharip ditemui pemberita selepas sebutan pertama tuntutan hadanah interim di lobi pekarangan luar Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali digesa jujur dan tidak berbohong serta menabur fitnah terhadap Fitria Elfina Maharip berhubung hak penjagaan dua anak mereka.

Kakak kepada bekas penyerang Harimau Malaya itu, Normalayati, 53 berkata, dia dan adik beradiknya yang lain kesal dengan sikap Safee Sali atau nama sebenarnya Mohd. Safee Mohd. Sali, 40, sering memutar belit fakta.

Menurutnya, adiknya cuba menuduh bekas isterinya itu enggan membenarkan Safee Sali bertemu dengan dua anaknya, Shanika Salsabilah, 9, dan Shania Safina, 7, sebelum ini.

“Adik-beradik tidak bersetuju dengan tindakan dia termasuk bernikah secara senyap serta mengambil dua anaknya sebelum ini.

“Saya lihat sendiri bukti dan jangan tuduh dan fitnah (bekas) isteri. Kau (Safee) yang pusing fakta dan bohong. Saya cuma nak cakap supaya dia betulkan apa yang salah.

“Fitria paling tepat jaga anak sebab Safee terlalu sibuk. Semoga kemenangan kepada Fitria,” katanya ketika ditemui pemberita pekarangan Mahkamah Syariah Shah Alam semalam.

Normalayati yang merupakan anak ketiga daripada 12 beradik itu sebelum ini hadir ke Mahkamah Syariah bagi menemani bekas adik iparnya Fitria Elfina menghadiri prosiding sebutan kali pertama hadhanah interim dan laporan notis permohonan.

Dalam pada itu, Normalayati menambah, dia sudah berulang kali memujuk Safee Sali berkenaan tuntutan hadhanah dan isu kedudukan kedua-dua anaknya yang terpisah dengan ibu mereka sendiri.

Bagaimanapun, pujukan tersebut tidak diendahkan, malah sebaliknya menuduh dia menyokong Fitria.

“Saya tidak sokong sesiapa, cuma saya nampak apa yang salah itu perlu diperbetulkan. Adik saya sebetulnya bukan sebegini. Ini bukan dia,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN