JIM Kelantan lumpuhkan sindiket palsukan slip permohonan kad UNHCR

JIM Kelantan lumpuhkan sindiket palsukan slip permohonan kad UNHCR

RUZAANA Mohamed(dua Kanan) bersama pegawai menunjukan barang rampasan berkait tangkapan lelaki Rohingya yang memalsukan slip kad UNCHR semasa sidang media di Pejabat JIM Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan melumpuhkan sindiket memalsukan slip permohonan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selepas menahan seorang lelaki etnik Rohingya dalam serbuan di Kampung Changgal, Pasir Puteh di sini pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan pukul 10 malam itu, JIM Kelantan turut menahan seorang lagi lelaki etnik Rohingya dibawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Timbalan Pengarah, Ruzaana Mohamed berkata, dalam serbuan itu JIM Kelantan turut merampas sejumlah wang tunai RM140,000 yang dipercayai hasil daripada kegiatan berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menetap di negara ini menggunakan kad UNHCR dan dipercayai sudah tiga tahun terlibat dalam kegiatan pelmasuan slip berkenaan.

“Selain itu, semasa serbuan anggota penguat kuasa JIM menjumpai dua unit komputer riba, peti besi dan sejumlah wang milik suspek. 

“Hasil pemeriksaan isi kandungan komputer riba itu mendapati, ada dokumen slip permohonan kad UNHCR yang dipercayai akan digunakan untuk mendapatkan kad tersebut secara tidak sah dan teratur,” katanya pada sidang media di Pejabat JIM Kelantan, di sini hari ini.

Ruzaana memberitahu  siasatan lanjut mendapati, suspek mengenakan bayaran sebanyak RM2,000 untuk satu slip permohonan kad UNHCR kepada warga asing.

Katanya, JIM Kelantan tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan laman sosial untuk mempromosikan kegiatan tersebut.

“Dengan tertangkapnya suspek, kita berjaya melumpuhkan kegiatan pemalsuan slip kad UNCHR di negeri ini.

“Suspek didapati melakukan Seksyen 55 D Akta Imigresen 1959/63 iaitu pemalsuan dan pindaan bagi endorsan atau dokumen dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan membenarkan imigran haram untuk masuk dan tinggal di premis,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ruzaana berkata, pihaknya menahan empat warga Myanmar termasuk tiga wanita kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah.

Katanya, kesemua warga asing itu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun dan mereka dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN