KUALA LUMPUR: Jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam, tiba di pekarangan Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati untuk disembahyangkan.
Van yang membawa jenazah anggota TLDM itu tiba di pekarangan masjid dari Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Jalan Tambun, Ipoh pada pukul 8.21 dan disembahyangkan di sini sekitar pukul
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Taman Selasih, malam ini.
Ketibaan jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin disusuli dengan tangisan kedua ibu bapa dan saudara yang hadir.
Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggota meninggal dunia berikutan nahas dua buah pesawat bertembung di udara semasa latihan di Pangkalan TLDM, Lumut, Selasa lalu.
TLDM menerusi kenyataan berkata, insiden tersebut berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.
Menurutnya, kejadian melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM.










