Jambatan di Semporna runtuh, motosikal jatuh  laut

Jambatan di Semporna runtuh, motosikal jatuh  laut

Empat cedera selepas jambatan konkrit sepanjang 300 meter runtuh di Kampung Bangau-Bangau di sini. - FOTO/JABATAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sambutan hari pertama Hari Raya Aidilfitri malang buat empat penduduk apabila mereka cedera selepas jambatan konkrit  di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah runtuh malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, jambatan konkrit berukuran 300 meter dan sebuah rumah  rosak manakala terdapat  motosikal terjatuh ke dalam laut.

“Terdapat empat mangsa, dua daripadanya sudah dibawa ke hospital oleh orang awam.

“Dua lagi, yang mengalami kecederaan ringan, dirawat oleh kakitangan dilokasi kejadian kerana enggan dibawa ke hospital,” katanya.

Kata kenyataan itu, salah seorang mangsa dikenali sebagai Abd. Han, 45, cedera di kaki. Turut cedera seorang gadis dan dua lagi lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN