KUALA PILAH: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah di sini hari ini atas tuduhan meninggalkan dua anak yang masih kecil dalam kenderaan dengan keadaan tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan di Bazar Kuala Klawang, di Jelebu, bulan lalu. Tertuduh, suri rumah, Siti Salasiah Jumaah, 25, dan Muhammad Firdaus Shariman, 33, yang bekerja sebagai tukang kebun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Norma Ismail. Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan…