Hujan redakan bahang panas di P. Pinang, Kedah

Hujan redakan bahang panas di P. Pinang, Kedah

Hujan di Pulau Pinang mengurangkan bahang panas di negeri itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Hujan sekali-sekala terutama sebelah petang dan malam di beberapa tempat sejak minggu lepas meredakan suhu panas di ne­geri ini.

Keadaan itu juga melegakan orang ramai khusus­nnya kanak-kanak dan pelajar yang bersekolah untuk sesi petang.

Di sebalik kelegaan itu, peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di beberapa lokasi berdepan risiko hujan lebat yang diselangi angin kencang dan menjejaskan perniagaan mereka.

Laman sesawang rasmi untuk Public Info Banjir Pulau Pinang melaporkan, terdapat beberapa stesen merekodkan taburan hujan antara 0.5 milimeter (mm) hingga 3mm, semalam.

Bagaimanapun, hanya stesen Sungai Duri Kerian di Seberang Perai Selatan (SPS) dilihat konsisten merekodkan taburan hujan melebihi 100mm iaitu sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Pulau Pinang pula meramalkan, cuaca baik pada sebelah pagi di kebanyakan tempat di negeri ini, namun, pada sebelah petangnya, akan berlaku kejadian ribut petir di beberapa tempat.

Hujan juga dijangka turun di sesetengah tempat di sini pada waktu malam dengan suhu cuaca secara puratanya dianggarkan antara 25 hingga 35 darjah Celcius.

Sementara di, Alor Setar, Kedah dijangka mengalami taburan hujan yang banyak pada lewat petang sehingga malam sepanjang bulan ini ekoran peralihan monsun.

Menurut Pengarah Meteo­rologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, fasa peralihan monsun itu juga akan mengakibatkan kejadian angin kencang dan ribut.

“Kita sudah memasuki peralihan monsun sejak 29 Mac lepas di mana cuaca akan cerah sebelah pagi dan petang hingga awal malam ada ribut petir.

“Taburan hujan bagi peralihan monsun ini tinggi bermula pukul 4 petang sehingga ke malam. Selain itu kejadian ribut petir akibat peralihan monsun ini juga akan mengakibatkan angin kencang. Jadi kita nasihatkan penduduk sentiasa berjaga-jaga,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×