Gali telaga rezeki utama Khairul Jeffry yang mati tertimbus

Gali telaga rezeki utama Khairul Jeffry yang mati tertimbus

MAAROF Abdullah (kanan) bersama menantunya Nurul Alyia Che Mat serta cucu menunjukkan gambar anaknya Mohamad Khairul Jeffry semasa ditemui di Kampung Kual To’ Uban, Pasir Mas semalam. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerja menggali te­laga menyumbang pendapatan utama Allahyarham Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, yang maut tertimbus dalam telaga di Kampung Gelam To’ Uban di sini kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bapa saudaranya, Wahab Abdullah, 57, berkata, semasa kejadian arwah sedang melakukan kerja-kerja menggali telaga untuk kegunaan kebun sayur.

“Mengikut cerita anak saya (Hamdan), semasa arwah tertimbus dia sempat meminta tolong beberapa kali. Hamdan berusaha menyelamatkan Mohamad Khairul Jeffry dengan menggali tanah tersebut sehingga ternampak tangan arwah.

“Bagaimanapun, semasa ditemukan sudah tidak ber­nyawa. Selain Hamdan, turut berada di lokasi ialah pemandu jengkaut,” katanya ditemui di Kampung Kual To’ Uban di sini semalam.

Wahab berkata, musim kemarau ketika ini menyebabkan dia dan arwah tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai menggali telaga.

Katanya, permintaan luar biasa itu menyebabkan dia dan arwah terpaksa berpecah kerana perlu menyiapkan 20 biji telaga dalam masa terdekat.

“Rezeki mencurah-mencu­rah buat arwah tetapi Allah ambil nyawanya ketika bekerja. Untuk siapkan sebiji telaga, perlu tiga pekerja dengan upahnya RM1,300.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka ini kurang pengalaman sehingga tidak dapat menjangkakan bahaya yang akan datang sepanjang kerja-kerja tersebut,” ujarnya.

Wahab berkata, sudah tiga tahun arwah bekerja bersamanya dan pernah menggali 50 buah telaga.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang lelaki maut tertimbus di dalam telaga di Masjid Kampung Gelam Tok Uban. Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku ketika mangsa Khairul Jeffry, 23, sedang me­lakukan kerja-kerja menurun­kan pembetung ke dalam telaga berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×