Fathia Latiff berang cerita lama diungkit netizen

Fathia Latiff berang cerita lama diungkit netizen

FATHIA LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fathia Latiff, tidak menolak ada pihak yang sengaja memancing kemarahannya dengan mengungkit semula cerita-cerita lama tentang dirinya sebelum ini.

Kata pelakon berusia 36 tahun itu, tindakan pihak-pihak tersebut yang secara tidak langsung mengundang kecaman dan kata-kata negatif warganet terhadapnya membuatkan dia tertekan dan terkesan.

“Orang tuduh saya tidak boleh lupakan masa lalu sedangkan saya sudah tidak ingat semua itu.

“Sebab itu saya kurang selesa apabila ada pihak yang sengaja membuatkan netizen menyerang saya dengan memetik nama individu lain yang pernah hadir dalam kehidupan lama saya.

“Saya tidak faham apa niat mereka berbuat demikian. Sejujurnya disebabkan perkara itu mengalami tekanan.

“Apa yang boleh saya lakukan sekarang ini adalah kembali muhasabah diri dan mengkaji semula mengapa ia begitu mengganggu saya. Mungkin saya belum berdamai sepenuhnya dengan beberapa perkara yang berlaku masa lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tidak berniat menutup akaun media sosial, pelakon filem wanita popular, Anugerah Bintang Popular itu mengambil langkah menenangkan diri dengan melakukan aktiviti bermanfaat seperti memasak dan mengemas rumahnya.

“Saya healing sendiri dengan mengemas rumah selain memasak menu kegemaran turun temurun keluarga saya seperti Bamia dan lain.

“Kecaman di media sosial boleh saya hadap, cuma saya akui agak stress. Tapi saya beruntung kerana ada rakan-rakan yang memberi sokongan kepada saya,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon itu juga sedang sibuk membuat persiapan untuk mengembangkan perniagaan pakaian dan beg di Hong Kong.

“Sebelum ini saya berniaga pakaian juga beg di sebuah festival dan sambutan sangat menggalakkan. Alhamdulillah semua baju saya terjual sepenuhnya ketika itu.

“ Dengan semangat itulah, saya cari ruang dan peluang untuk berniaga di tempat lain.

“InsyaAllah dalam tempoh tiga hari lagi, saya bakal terbang ke Hong Kong dan berniaga di sana. Ia merupakan inisiatif saya mencari ruang dan peluang untuk berniaga di sana,” katanya.

Terdahulu, Fathia mencuri tumpuan apabila namanya kembali dikaitkan dengan beberapa individu seperti bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza. Bukan itu sahaja, dia juga teruk dikecam selepas memilih untuk tidak lagi mengenakan hijab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN