IPOH: Pendakwah terkenal, Ebit Lew menjadi antara yang hadir ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh tengah hari tadi. Kehadirannya itu difahamkan untuk melawat waris-waris kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi semalam. Beliau atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew tiba di Jabatan Forensik HRPB pada pukul 12.45 tengah hari. Ketika disapa oleh pemberita, beliau memaklumkan…