Dua 'superman' ditahan dalam Op Samseng Jalanan - Utusan Malaysia

Dua ‘superman’ ditahan dalam Op Samseng Jalanan

DUA remaja melakukan gaya 'Superrman' semasa menunggang motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh polis trafik di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Keseronokan dua  remaja menunggang motosikal dengan mengayakan aksi ‘Superman’ membawa padah apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa dalam Op Samseng Jalanan di sini tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, dua remaja berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan ketika berada di lampu isyarat persimpangan Ayer Baloi pada pukul 1.40 pagi.

Katanya, mereka menggayakan aksi Superman bermula dari Surau Parit Dahlan, Api-Api ke Taman Kek Wa di Kampung Pulai Sebatang, iaitu sejauh 4.5 kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ditahan mereka cuba melarikan diri, namun berjaya dihalang oleh anggota polis trafik yang telah bersedia menunggu  di lampu isyarat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Op Samseng Jalanan diadakan selama tujuh jam bermula pukul 9.30 malam hingga 4 pagi diketuai oleh Inspektor Mohd. Fitri Azmi dan 11 anggota polis trafik.

“Dua remaja berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga  supaya tidak mengulangi  perbuatan yang sama.

Dalam operasi tersebut yang diadakan di kawasan bandar Pontian, Parit Semerah, Api-Api, Taman Megah dan Taman Saujana, pihak polis telah memeriksa sebanyak 60 buah motosikal dan 75 penunggang dan pembonceng.

“Sebanyak 59 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, ubah suai ekzos,  tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran ‘fancy’ dan lain-lain kesalahan serta 11 buah motosikal  telah disita kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 64 APJ 1987 bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×