CEO TikTok mahu batalkan undang-undang AS mengharamkan

CEO TikTok mahu batalkan undang-undang AS mengharamkan penggunaan TikTok

– GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew berikrar untuk berjuang di mahkamah untuk membatalkan undang-undang Amerika Syarikat (AS) yang boleh menyaksikan aplikasi popular itu diharamkan kerana terdapat dakwaan ia dikawal oleh kerajaan China.

Undang-undang itu memberi TikTok selama sembilan bulan untuk melepaskan diri daripada syarikat induk Chinanya, ByteDance atau ditutup daripada pasaran AS.

AS dan pegawai Barat lain mendakwa platform media sosial itu membenarkan Beijing mengumpul data dan mengintip pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia mempunyai 170 juta pengguna di AS sahaja, kebanyakannya golongan muda.

Pengkritik berkata, TikTok juga merupakan saluran untuk menyebarkan propaganda. 

Bagaimanapun, China dan syarikat itu menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan itu.

“Jangan silap, ini adalah larangan. Pengharaman TikTok dan larangan ke atas anda dan suara anda,” 

“Ahli politik mungkin berkata sebaliknya tetapi jangan keliru. Ramai yang menaja rang undang-undang itu mengakui larangan TikTok adalah matlamat utama,” kata Zi Chew dalam video yang disiarkan di TikTok beberapa saat selepas Presiden AS, Joe Biden menandatangani rang undang-undang itu sebagai undang-undang.

Zi Chew menggelar langkah itu sebagai ironik memandangkan kebebasan bersuara di TikTok mencerminkan nilai AS sebagai mercu kebebasan.

“Yakinlah, kami tidak akan ke mana-mana.

“Kami akan terus memperjuangkan hak anda di mahkamah. Fakta dan Perlembagaan menyebelahi kami, kata Chew kepada pengguna platform itu.

Langkah larangan itu dimasukkan dalam pakej bantuan asing AS$95 bilion (RM454.347 bilion) termasuk bantuan ketenteraan ke Ukraine, Israel dan Taiwan.

Rang undang-undang untuk mengharamkan TikTok di AS boleh menghalang syarikat itu daripada beroperasi di pasaran AS.

Menjelang pengundian di Kongres AS, Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray berkata bahawa syarikat induk TikTok ByteDance bertanggungjawab kepada kerajaan China yang cuba untuk mencuri kecrdasan buatan (AI) kami dan menggodam teknologi AS setiap hari. -CNA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini