SEREMBAN: Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan petang tadi. Antara kawasan terlibat adalah Rahang; Kampung Batu 3, Mambau; Kampung Sentosa, Paroi; Kampung Dato Mansor, Rasah; Taman Dusun Nyior, Kawasan Industri TTJ dan Stesen KTM Seremban. Sementara itu, KTM Berhad menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, berikutan kejadian banjir di Stesen Seremban, beberapa perkhidmatan KTM Komuter akan mengalami kelewatan daripada jadual asal disebabkan air telah…










