Basikal klasik pelengkap dekorasi rumah terbuka Aidilfitri

Basikal klasik pelengkap dekorasi rumah terbuka Aidilfitri

MOHD. Ariff Bidin bersama puluhan basikal klasik miliknya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Ampangan, Seremban. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penganjuran rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta ketika ini turut menyebabkan seorang pengumpul barangan antik dari Ampangan di sini iaitu Mohd. Ariff Bidin, 43, menjadi individu dicari-cari mereka.

Apa tidaknya, menyimpan kira-kira 50 buah basikal tua dan klasik serta pelbagai barangan antik lain telah menarik perhatian pihak terbabit untuk menyewa koleksi peribadi milik Mohd. Ariff untuk dijadikan sebahagian alatan untuk dekorasi penganjuran rumah terbuka itu.

Mohd. Ariff memberitahu, setakat sambutan Aidilfitri tahun ini, basikal-basikal miliknya itu telah disewa untuk 15 penganjuran rumah terbuka.

“Kebanyakannya yang menyewa adalah jabatan kerajaan dan pihak swasta, hotel juga ada sewa. Setiap basikal saya sewakan pada kadar harga RM100 sehari namun ia bergantung kepada jumlah dan tempoh sewaan mereka.

“Setiap basikal lama ini juga mempunyai konsepnya sendiri, saya ada memiliki basikal tentera, basikal posmen, basikal sayur seperti mana yang kita lihat dalam filem Melayu lama.

“Saya juga ada tiga beca iaitu basikal beca kargo, beca Kelantan dan beca Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Ampangan di sini.

Mohd. Ariff memberitahu, basikal klasik miliknya itu juga sering disewa untuk majlis lain seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, dan majlis perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN