Azzmi Ab. Aziz ketua jurulatih baharu Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Azzmi Ab. Aziz ketua jurulatih baharu Negeri Sembilan

AZZMI Ab Aziz mula menjalankan tugas sebagai ketua jurulatih NSFC sejak 15 Februari lalu.-GAMBAR/NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Ketua Jurulatih PDRM FC, Azzmi Ab. Aziz, disahkan sebagai sebagai Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

NSFC menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan, jurulatih berusia 49 tahun itu telah memulakan tugas sejak 15 Februari lalu.

Berasal dari Ampang, Selangor, Azzmi pernah menjadi jurulatih interim Kedah Darul Aman FC sebelum membimbing skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC selama tiga musim mulai 2020.

Dia kemudiannya menjadi jurulatih pasukan Liga Super PDRM FC untuk musim 2023.

Sementara itu menurut Azzmi, ini adalah musim yang keempat cara keseluruhan dia berkhidmat bersama NSFC yang menyaksikan banyak perubahan berlaku terutamanya daripada segi persiapan dan perbelanjaan pasukan.

“Pemilihan pemain telah dibuat lebih awal dan kami juga membawa masuk beberapa pemain dari PDRM FC selain beberapa pemain lama seperti Nasrullah Hanif Johan, R. Barathkumar, Muhammad Afiq Fitri Mohd. Jefry dan Amirul Hakimi yang pernah bersama saya sebelum ini.

“Adalah sangat penting untuk saya bekerja dengan para pemain yang saya kenal kerana saya tahu bagaimana cara kerja mereka,” katanya.

Dengan sokongan semua pihak, tambahnya, pihaknya berharap pasukan itu kelak akan dapat menunjukkan prestasi lebih baik dan mencatat keputusan lebih positif.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN