SEREMBAN: Bekas Ketua Jurulatih PDRM FC, Azzmi Ab. Aziz, disahkan sebagai sebagai Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia. NSFC menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan, jurulatih berusia 49 tahun itu telah memulakan tugas sejak 15 Februari lalu. Berasal dari Ampang, Selangor, Azzmi pernah menjadi jurulatih interim Kedah Darul Aman FC sebelum membimbing skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC selama tiga musim mulai 2020.…