TANAH MERAH: Seorang lelaki warga emas yang merupakan pemilik sebuah kilang dawai maut selepas dihempap pintu pagar kilangnya di Kawasan Perindustrian Tanah Merah, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 70 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan mendapati mangsa dihempap pagar berkenaan semasa sedang memeriksa dan menutup pintu…










