TUMPAT: Pengunjung Pantai Geting di sini dikejutkan dengan kemunculan ubur-ubur spesies Physalia Physalis atau Portuguese Man of War Jellyfish yang juga dikenali dengan ubur-ubur api. Ubur-ubur tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung jika disengat kerana ia sangat menyakitkan dan racunnya juga boleh mendatangkan risiko kematian. Namun tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati orang ramai melakukan aktiviti mandi laut dan bermain di pesisir pantai seperti biasa walaupun papan tanda amaran dan bendera merah sudah dinaikkan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pengunjung, Halim Ismail, 50, berkata, dia sama sekali tidak mengetahui kehadiran ubur-ubur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya