PETALING JAYA : Tiga individu bertindak sebagai ejen yang menawarkan khidmat pembantu rumah dengan bayaran sehingga RM20,000 termasuk menjanjikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) ditahan semalam selepas disyaki terlibat eksploitasi wanita Indonesia. Menerusi operasi kira-kira pukul 10.30 malam dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya menyerbu sebuah rumah. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh…










