The Gadys, jangan putus asa. ‘Balas dendam’ dengan nyanyian lebih berkualiti- Aina Abdul - Utusan Malaysia

The Gadys, jangan putus asa. ‘Balas dendam’ dengan nyanyian lebih berkualiti- Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemegang tiga trofi vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL), Aina Abdul menasihatkan kumpulan, The Gadys untuk tidak putus harapan dan membalas kecaman, kritikan warganet dengan nyanyian yang lebih berkualiti.

Kongsi Aina, kecaman juga boleh dianggap sebagai satu publisiti dan pembakar semangat untuk mereka terus melangkah lebih maju dalam industri seni muzik selain memperbaiki nyanyian.

“Kalau saya, inilah masa paling tepat untuk balas dendam. Balas dendam bukan sesuatu yang negatif sahaja. Maksud saya, bila ada yang hentam nyanyian saya, kelas vokal adalah jawapannya.

“Banyak cara untuk kita counter back kecaman itu secara positif. Saya juga percaya ini publisiti yang baik untuk mereka. Kadang-kadang sebab isu kecil pun, boleh buat orang kenal siapa diri kita.

“Saya harap nasihat ini dapat bagi semangat kepada mereka. Jangan rasa sedih, sekurang-kurangnya anda bertiga berani menyanyi di atas pentas. Tukang hentam semua itu belum tentu boleh menyanyi,” ujarnya.

Aina berkata demikian ketika menghadiri pertunjukan fesyen koleksi raya Amber yang menampilkan pelakon, Anna Jobling sebagai muse tahun ini.

Terdahulu, The Gadys menerima kecaman hebat lantaran video persembahan medley tiga lagu dalam satu anugerah tular dan dikritik warganet yang menganggap mereka tidak seharusnya berani menggelarkan sebagai penyanyi.

Malah jawapan balas anggota kumpulan itu dalam satu video tular juga terus memancing kecaman apabila ada yang beranggapan mereka tidak boleh ditegur dan ‘sombong’ dalam memberi komen.

Bagaimanapun, wakil pengurusan memaklumkan ketiga-tiga anggota kumpulan terbabit iaitu Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan berdepan dengan kesilapan teknikal yang menjadi salah satu faktor yang mengganggu persembahan pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi Terus Hidup itu berkata, The Gadys perlu menggilap lagi bakat nyanyian yang ada dan memperbaiki kelemahan dengan menyertai kelas nyanyian untuk kuatkan vokal perut.

“Sejujurnya, saya rasa tiada masalah ketara sangat bila tengok video tersebut. Tidaklah nampak mereka tak boleh menyanyi cuma kena gilap lagi. Macam mana? Kena kuatkan perut.

“Jadi, masuk kelas vokal dan gilap bakat, kuatkan perut anda, insya-Allah boleh. Saya doakan yang baik-baik dan sikit sahaja lagi kena gilap,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN