JERANTUT : Fenomena kemarau yang melanda di kawasan Ulu Tembeling menyebabkan munculnya dataran berpasir di Sungai Tembeling seluas kira-kira 200 meter panjang dan 100 meter lebar, sekali gus dijadikan sebagai padang bola sepak dan futsal oleh penduduk setempat berhampiran Kampung Bantal dekat sini. Penduduk Kampung Seberang Bantal, Jamizan Rashid, 45, berkata, kawasan dataran pasir muncul selepas fenomena kemarau bermula awal bulan ini dan sehingga kini keluasan dataran pasir semakin ketara…