KUALA LUMPUR: Pendirian Pemuda UMNO berhubung isu stoking yang tertera kalimah Allah adalah mewakili UMNO secara keseluruhannya. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebentar tadi, sekaligus menjelaskan ia mendapat sokongan penuh berhubung pendirian yang disuarakan secara lantang oleh Ketua Pemudanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh. “Isu yang dibawa Pemuda UMNO adalah mewakili UMNO, ia pun dibincangkan dalam MKT…









