SEREMBAN: Biarpun sebak namun sepasang suami isteri tetap menguatkan semangat menerima sijil diploma secara Anumerta buat Allahyarham anak perempuan mereka pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali Ke-8 2023 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, di sini hari ini. Hanya linangan air mata mengiringi langkah pasangan suami isteri itu, Anuar Ahmad, 49 dan Aminah Sahadan, 46, ketika mereka menerima skrol Diploma Kosmetologi mewakili anak…










