KOTA BHARU: Taktik licik sebuah stesen minyak di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa di sini menyeleweng bahan api petrol kepada penyeludup ketika umat Islam sibuk membuat persiapan bersahur terbongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa awal pagi tadi. Serbuan pukul 3 pagi itu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan turut menahan seorang lelaki berusia 40-an. Pengarahnya Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan…










