BUKIT MERTAJAM: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menerima sebarang rungutan atau aduan berhubung isu kenaikan harga sejak cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Mac lalu. Pengarahnya, S. Jegan berkata, bagaimanapun, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan menerusi Ops Kesan bagi memastikan peniaga yang terkecuali tidak membuat kenaikan harga bertentangan dengan perundangan pencatutan. “Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan berkaitan…