PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan pihak tertentu sekiranya terdapat pegawainya yang membocorkan maklumat kepada media atau pihak lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan rekod SPRM, masih belum ada laporan polis yang dibuat berhubung perkara itu kerana dakwaan tersebut terlalu umum. Menurutnya, terdapat banyak pihak akan terlibat dalam proses siastan SPRM atas kapasiti sebagai suspek,…










