CHANGKAT JERING: Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi jajaran negeri Perak siap sepenuhnya apabila Seksyen 11 dari Taiping Selatan ke Beruas dibuka kepada pengguna bermula hari ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol diberikan kepada pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE Seksyen 11 iaitu dari Plaza Tol Taiping Selatan, Plaza Tol Trong dan Plaza Tol Beruas yang melibatkan kedua-dua arah. Katanya, pengecualian tol itu bermula…