JOHOR BAHRU: Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dibenar untuk memakai pakaian sukan sewaktu sesi persekolahan ekoran cuaca panas ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pakaian tersebut bagaimanapun perlulah bersesuaian dan sopan. “Berikutan cuaca panas yang berterusan, sekolah-sekolah SAKJ diberi kelonggaran untuk membenarkan anak-anak kita mengenakan pakaian sukan yang sopan sewaktu sesi persekolahan. “Ahad ni sudah boleh mula,” katanya ringkas dalam satu…










