KUALA LANGAT: Peruntukan berjumlah RM30.07 juta telah dikeluarkan Kementerian Perpaduan Negara bagi menyediakan kemudahan kepada 37,000 murid Tabika dan Taska Perpaduan setakat ini. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peruntukan tersebut digunakan bagi membeli peralatan dan pakej perlindungan kesihatan kepada mereka seperti buku aktiviti, perlindungan insurans, baju seragam, Bantuan Makanan Tambahan (BMT) dan lain-lain lagi. “Untuk BMT, sejumlah RM25.87 juta diperuntukkan bagi memastikan semua murid mendapat makanan yang…










