Reda ibu bapa, hormati guru jadi inspirasi - Utusan Malaysia

Reda ibu bapa, hormati guru jadi inspirasi

SITI AISHAH Aziz menerima surat penghargaan sebagai Pelajar Terbaik Lima Bidang SMA daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan SMA dan SMRA di SMAK Johor di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Mendapatkan keredaan ibu bapa serta menghormati guru menjadi inspirasi kejayaan pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMAK) Johor terpilih sebagai pelajar terbaik lima bidang dalam Sijil Menengah Agama (SMA) yang diumumkan hari ini. 

Walau bagaimanapun, tumpuan dalam pembelajaran sama ada dalam kelas atau di rumah adalah perkara utama perlu dititikberatkan dalam meraih kejayaan dalam pendidikan.

Siti Aishah Aziz,17, berkata, terpilih sebagai Pelajar Terbaik Sijil Menengah Agama Lima Bidang memberikan inspirasi dan dorongan kepadanya untuk menggapai kejayaan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hujung tahun ini. 

Sebagai anak bongsu daripada tiga beradik, kejayaan menguasai bidang Syariah, Usuluddin, Manahij, Lam, Adab Balaghah menjadi kebanggaan kepadanya kerana mampu membuktikan kemasukan ke SMAK Johor bukan sesuatu yang sia-sia. 

“Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan ini dan diharapkan saya dapat terus fokus dalam pelajaran yang masih banyak untuk dihadapi. 

“Kejayaan ini juga diharapkan menjadi teladan kepada adik-beradik yang lain seterusnya menggapai kejayaan sama dalam peperiksaan masing-masing nanti,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Nur’Aqila Mohd. Khairy,15, yang diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) Johor 2023 tidak menyangka berjaya memperoleh kejayaan cemerlang.

Hanya memberikan tumpuan dalam kelas terutamanya pada waktu pembelajaran dan membuat ulang kaji ketika masa lapang membuatkannya tidak menjangka mampu memperoleh kejayaan tersebut.

“Masa dua tahun untuk berdepan dengan peperiksaan lebih besar akan digunakan sebaiknya untuk saya mempersiapkan diri dengan kaedah pembelajaran ketika menghadapi ujian SMRA ini. 

“Sebagai anak sulung daripada enam beradik, kejayaan diharapkan dapat membakar semangat adik-adik yang lain untuk sama-sama memperoleh kecemerlangan sama pada masa akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN