Rapatkan jurang pendapatan rakyat

Rapatkan jurang pendapatan rakyat

MENJADI negara maju juga bererti rakyatnya mampu merapatkan jurang harta dan pendapatan selain mempunyai kemudahan dan infrastruktur moden. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Perkara lebih penting ialah negara kita maju dari segi merapatkan jurang harta dan pendapatan rakyat, mempunyai kemudahan dan infrastruktur moden.”

Itu pandangan pakar ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff kerana baginya, kriteria negara maju kebiasaannya merujuk kepada pendapatan per kapita rakyat.

Kata Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), penting untuk tidak hanya fokus kepada kriteria menjadi negara maju semata-mata kerana ia tidak semestinya menjurus ke arah kemakmuran dan kese­jahteraan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan juga perlu mereformasi sistem monetari dengan memfokuskan kepada alternatif pembiayaan berasaskan perkongsian ekuiti bagi memperkasa sistem ekonomi Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Malaysia berada di landasan tepat menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun, selari dengan aspirasi kerangka Ekonomi Madani.

Bagi Pensyarah Pembangunan Manusia Asia Pasific University of Technology & Innovation (APU), Dr. Nor Azrul Mohd. Zain, untuk mencapai status negara maju memerlukan pertumbuhan ekonomi berterusan, peningkatan dalam infrastruktur, pendidikan serta kemajuan dalam teknologi dan inovasi.

Jelasnya, pembangunan yang mapan adalah disokong dengan pembangunan sosial utuh bagi memastikan kemajuan dibina memberi impak berkualiti kepada ekonomi, teknologi serta kemajuan sosial bersifat kelas pertama.

“Pembangunan pendidikan juga harus dilihat sebagai asas kepada kemajuan agar rakyat mampu memberi nilai tambah kepada tahap kualiti kehidupan yang lebih baik. Kerajaan perlu memastikan kemajuan yang ingin dibina adalah bersifat holistik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN