SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menerima jumlah permohonan bantuan yang bertambah pada tahun lalu walaupun mereka tidak layak. Pengarah JKM Negeri, Rosnah Sardi berkata, perkembangan itu menyaksikan JKM negeri merekodkan pertambahan ketara permohonan bantuan tahun lalu sebanyak 9,128 permohonan untuk pelbagai kategori, berbanding 8,195 permohonan pada 2022. Menurut beliau, ada yang memohon bantuan JKM meskipun mereka tidak layak kerana tidak memenuhi syarat kelayakan di bawah Pendapatan Garis kemiskinan…










