Ramadan: Jual ikan selayang segar 50 sen sekilogram

Ramadan: Jual ikan selayang segar 50 sen sekilogram

ABDUL Hayie Zakaria (kanan) melayan pembeli ikan harga lelong di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Dengan kenaikan kos hidup ketika ini, seorang peniaga mengambil inisiatif dalam meringankan beban masyarakat apabila menjual ikan selayang segar pada harga 50 sen sekilogram (kg) sempena Ramadan di Cherang Ruku di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jualan ikan segar itu ‘licin’ dalam tempoh dua jam selepas diserbu oleh penduduk setempat.

Abdul Hayie Zakaria, 34, berkata, berkata jualan tersebut diadakan selama tiga hari sehingga Rabu ini bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah untuk menyambut Ramadan.

Menurutnya, ini merupakan satu daripada bentuk perkongsian rezeki kepada golongan berkenaan.

“Setiap pelanggan hanya boleh membeli enam kilogram sahaja. Saya terpaksa berbuat demikian kerana mahu lebih ramai dapat membeli bahan mentah segar itu pada harga murah.

“Semua ikan-ikan ini diambil dari Tok Bali dan dijual secara terus kepada pelanggan. Besar harapan saya agar ia dapat memberikan kegembiraan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menyambut Ramadan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Hayie memberitahu, para pekerjanya sudah membuat persiapan bagi memastikan proses jualan ikan itu berjalan lancar.

Katanya, selain selayang dia turut menjual ikan tongkol, sotong, udang dan lain-lain pada harga mampu milik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN