Presiden persatuan muay thai direman

Presiden persatuan muay thai direman

TERTUDUH semasa menghadiri prosiding reman di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Presiden sebuah persatuan muay yang dijejak polis direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah di daerah ini, baru-baru ini.

Majistret Mohamad Hafizul Awang mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 56 tahun itu hari ini di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, suspek menyerah diri di Balai Polis Binjai, di sini kira-kira pukul 7 pagi tadi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret pada pukul 9.50 pagi tadi.

Tahanan reman itu bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui pemberita di Pasir Mas dekat sini sebentar tadi mengesahkan lelaki tersebut direman dua hari sehingga esok.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia merupakan antara empat individu yang dikehendaki oleh polis berhubung kesalahan jenayah seperti pukul, ugut, mendatangkan cedera dan pecah rumah di daerah ini.

Mohd. Fared Abdul Ghani menjadi suspek pertama orang dikehendaki bersabit kes pukul dan ugut yang disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN