SUNGAI PETANI: Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis maut terkena tembakan dalam operasi di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik pagi semalam. Permohonan reman sehingga 6 Mac ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan terhadap suspek berusia 56 tahun dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Sungai Petani, hari ini. Suspek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik…