SELAYANG: Keputusan meminda perlembagaan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bagi membolehkan keahlian enam ahli parlimennya yang beralih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhenti dan kerusi mereka dikosongkan selaras dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi perlembagaan sedia ada, kepimpinan Bersatu hanya boleh menggantung keahlian keenam-enam ahli parlimen berkenaan tanpa memberi kesan kepada kerusi dimenangi. Justeru, menurut beliau, pindaan perlembagaan bertujuan menyelaraskan peruntukan perlembagaan…









