PETALING JAYA: Pengarah-pengarah syarikat KK Supermart dan Superstore Sdn. Bhd (KK Supermart) akan didakwa di mahkamah esok di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran bagi tujuan jualan. Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memberitahu, dalam masa yang sama, pengarah-pengarah Xin Jian Chang Sdn. Bhd akan dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana telah bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah. Terdahulu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memaklumkan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya