KOTA BHARU: Tindakan pantas sekumpulan penduduk berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada lemas selepas terjatuh ke dalam sungai dari Jambatan Pulau Melaka, di sini hari ini. Kejadian sekitar pukul 9.30 pagi itu disedari oleh seorang peniaga udang, Mohd. Eziwan Ismail, 43, yang kebetulan berada di bawah jambatan. Menurut Mohd. Eziwan, sebelum kejadian itu, dia melihat keadaan jalan di atas jambatan tersebut sesak dengan kenderaan sebelum terdengar bunyi ada objek yang jatuh…










