Pembeli, peniaga gusar harga barang mahal musim Ramadan

Pembeli, peniaga gusar harga barang mahal musim Ramadan

ORANG ramai kini dikatakan mengambil langkah berjimat cermat berikutan harga barangan mentah semakin mahal di pasaran. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang Ra­madan dan Hari Raya Aidilfitri, ramai gusar tentang harga barang mentah terutama daging dan ayam akan melonjak.

Daging tempatan ketika ini dijual antara RM40 dan RM45 sekilogram (kg) manakala ayam dijual pada harga RM9.30 sekg.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Jalan Othman di sini mendapati orang ramai mula membeli barang mentah untuk persiapan menjelang Ramadan, minggu depan.

Nur Farhana Zulkifli berkata, sudah menjadi amalan keluarganya setiap tahun membeli barangan mentah untuk persiapan Ramadan bagi mengelak membuat pembelian secara terburu-buru.

“Saya selalu ke pasar untuk membeli barangan basah se­perti ikan dan sayur-sayuran kerana harganya lebih murah dan segar berbanding di pasar raya yang biasanya mungkin murah sedikit tetapi tidak segar.

“Setiap tahun sebelum me­nyambut Ramadan, saya beli dalam jumlah yang banyak untuk kegunaan sepanjang bulan puasa,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bagi ayam dan daging, dia akan membeli di pasar raya kerana harganya lebih murah berban­ding di pasar.

Seorang lagi pembeli, Nur Shamsinar Ahmad juga membeli barangan mentah di pasar tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Menurutnya, ketika ini semua barang mahal, jadi dia juga mengambil langkah berjimat cermat.

“Sebelum bulan puasa pun harganya sudah tinggi, inikan pula Ramadan nanti. Memang harganya akan berlipat kali ganda,” ujarnya.

Katanya, setiap kali ke pasar, dia akan mengehadkan per­belanjaan bawah RM200.

Dalam pada itu, peniaga daging tempatan dan import, Zamry Shah Bahari berkata, langkah kerajaan tidak menetapkan harga siling untuk daging tempatan menggusarkan kerana mereka terpaksa menaikkan harga apabila pembekal menjual dengan harga tinggi.

“Sebagai peniaga, kita takut untuk tingkatkan jumlah stok ekoran kurang pelanggan ketika ini walaupun bulan puasa akan tiba beberapa hari lagi.

“Kalau dahu jumlah daging terjual sebanyak 40kg hingga 60kg sehari, namun hari ini seekor lembu pun tak habis terjual,” keluhnya.

Tambahnya, lebih membimbangkan apabila pengusaha restoran dan bazar Ramadan tidak lagi berani untuk membeli daging dalam jumlah yang ba­nyak ekoran masakan dijual juga mahal.

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, kementeriannya akan melaksanakan Op Pantau di se­tiap bazar Ramadan minggu depan.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sepanjang Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN